3 PETUA DAN RAWATAN UNTUK MERAWAT SAKIT GIGI DI RUMAH

Sharing is Caring

Kesakitan adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh badan kita untuk menandakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.  Jika anda pernah mengalami sakit gigi, anda pasti tahu kesakitan yang dirasai amat perit. Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan pergigian dengan segera, cubalah beberapa rawatan sakit gigi yang boleh dilakukan di rumah.

PUNCA SAKIT GIGI

Malangnya, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan sakit gigi. Enamel gigi yang haus atau garis gusi yang menyusut boleh mendedahkan dentin gigi, iaitu lapisan tisu keras di bawah enamel. Ini menjadikan gigi anda sensitif terhadap cecair sejuk dan panas atau minuman bergula.

Kaviti ialah satu lagi pencetus sakit gigi yang biasa. Apabila saraf sensitif dalam gigi anda terdedah, tindakan mudah seperti menggigit sesuatu yang keras boleh menyakit.

Jika anda tergigit sesuatu yang keras, gigi anda mungkin akan retak. Trauma semasa kemalangan juga boleh meretak gigi. Gigi yang retak teruk boleh mendedahkan saraf sensitif yang terletak jauh di dalam gigi anda.

Kadang kala rawatan pergigian yang dilakukan untuk menyelesaikan satu masalah boleh menyebabkan masalah lain.

Tampalan dan korona boleh menjadi longgar atau retak, dan menyebabkan sakit gigi.

Naluri pertama anda untuk melegakan sakit gigi mungkin melibatkan penggunaan kompres sejuk atau ubat tahan sakit yang dibeli dari farmasi. Tetapi, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dicuba.

1. Minyak Pudina

Minyak pudina telah digunakan sejak dahulu lagi untuk merawat sakit gigi, menurut Arabian Journal of Chemistry. Minyak pati ini mempunyai fungi antibakteria dapat mengurangkan kesakitan gigi, dan menjadi pilihan popular bagi mereka yang ingin melegakan sakit gigi sementara menunggu untuk mendapatkan rawatan gigi. Gunakan kapas untuk menyapu beberapa titis minyak pada kawasan yang terlibat.

2. Minyak Bunga Cengkih

Minyak bunga cengkih berfungsi untuk melegakan rasa sakit dan mengurangkan bengkak. Minyak ini berkesan kerana ia mengandungi eugenol, sejenis anestetik semula jadi. Ia berfungsi sebagai pelega sakit sementara. Titiskan sedikit minyak bunga cengkih pada kapas, kemudian sapu kapas tersebut pada gigi dan gusi yang terlibat.

Minyak bunga cengkih mungkin dapat melegakan rasa sakit, tetapi ia mempunyai rasa yang tidak menyelerakan.

3. Air Garam

Cuba kumur mulut anda dengan air garam yang suam jika anda mengalami sakit gigi dan gusi bengkak. Tambahkan dua sudu kecil garam ke dalam secawan air suam. Setelah berkumur campuran tersebut dalam mulut anda, ludahkan keluar.

Kajian yang diterbitkan oleh Journal of the Indian Society of Pedodontics and Preventive Dentistry menyimpulkan bahawa kumuran air garam boleh membantu mengawal pengumpulan plak pada gigi dan mencegah penyakit gigi.

KESIMPULAN

Ingat bahawa rawatan sakit gigi yang boleh dilakukan di rumah hanya memberikan kelegaan sementara. Sentiasa dapatkan nasihat doktor gigi anda jika anda mengalami sakit gigi. Mereka boleh menjalankan pemeriksaan gigi yang teliti dan mengenal pasti punca masalah dan menyediakan penyelesaian.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *