4 FAEDAH FLOSSING

Sharing is Caring

Berapa kerap anda flos gigi? Perlu ke? Apa manfaat kepada mulut kita? Flossing mempunyai banyak faedah dan harus dilakukan setiap hari. Flos boleh melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan oleh berus gigi. Oleh itu, jika anda menghadapi masalah untuk memotivasi diri anda untuk menggunakan benang itu, jom kita lihat empat faedah utama flos:

#1 Flossing boleh melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan oleh berus gigi

Berus gigi memang jelas sangat penting. Ini adalah barisan pertahanan pertama terhadap kaviti dan ia habit harian yang membantu menjaga kebersihan dan kesihatan mulut kita. Walau bagaimanapun, berus gigi tidak dapat membuang semua makanan dan bakteria yang terperangkap di antara gigi anda. Flossing membolehkan anda mencapai kawasan yang tidak dapat dibersihkan oleh berus gigi dan membersihkan bakteria sebelum bertukar menjadi plak.

Apabila anda mencegah penumpukan plak, anda menghentikan kitaran plak menjadi karang gigi. Karang gigi adalah bahan keras dan berkerak yang tersekat pada gigi. Karang perlu dibuang oleh doktor gigi melalui proses scaling.

#2 Flossing untuk nafas kekal segar

Kita semua mahukan nafas segar. Bagaimana flosing mencegah bau mulut? Apabila bakteria terperangkap di antara gigi kita, ada risiko ia menyebabkan halitosis. Membuang bakteria bermaksud menghilangkan punca mulut berbau. Amalan melakukan flos setiap hari dapat membantu nafas anda sentiasa segar dan mulut anda lebih sihat.

#3 Flossing boleh mengelakkan penyakit gusi

Sering kita dengar tentang pencegahan plak, tetapi apa keburukan plak? Apabila plak dan karang tidak dibersihkan, bakteria boleh membiak dan menyebabkan penyakit gusi. Gingivitis adalah penyakit gusi ringan yang menyebabkan keradangan gusi. Gusi akan kelihatan merah, bengkak dan mudah berdarah.

Gingivitis dapat dirawat dan dicegah dengan kebersihan mulut yang baik. Berus gigi, flossing, penggunaan mouth wash dan melakukan pemeriksaan gigi akan menjadikan gusi kembali sihat. Sekiranya gingivitis tidak dirawat, ia boleh berubah menjadi periodontitis. Periodontitis adalah penyakit keradangan kronik yang memusnahkan tisu lembut dan tulang di sekitar gigi. Flossing mungkin kelihatan leceh tetapi ia boleh menyelamatkan gusi anda.

#4 Flossing menjadikan kita lebih sihat

Flossing tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan mulut, ia juga meningkatkan kesihatan seluruh badan anda. Sebenarnya, flossing membantu mencegah penyakit jantung. Hubungan antara kesihatan mulut dan kesihatan jantung masih memerlukan lebih banyak penyelidikan, tetapi terdapat banyak maklumat yang patut dibaca mengenai hubungannya.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *