
Tidak kira lelaki ataupun wanita, tanpa mengira usia, semua orang berpotensi mengalami bibir kering dan merekah.
Bibir merekah dan kering adalah perkara yang tidak menyenangkan malah boleh menyebabkan kesakitan dan rasa pedih. Namun sedarkah anda ada beberapa perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita yang menjadi faktor dan punca kepada bibir merekah dan kering ini?

1) KURANG AIR
Kurang air atau dehidrasi terjadi apabila badan tidak cukup kandungan air untuk menjalani proses kelembapan dan menyebabkan badan menyerap air daripada kulit, termasuk juga bahagian bibir.

2) SELALU MENJILAT BIBIR
Tabiat menjilat bibir menyebabkan bibir cepat kering kerana air liur kita mengandungi enzim pencernaan termasuk amilase dan maltase yang menjadikan kulit bibir nipis serta lebih terdedah kepada alam sekitar seperti udara kering.

3) TERDEDAH PADA CAHAYA MATAHARI YANG MELAMPAU
Terdedah pada cahaya matahari atau sinaran UV juga boleh menyebabkan bibir merekah dan kering.

4) BERNAFAS MELALUI MULUT
Mulut yang terdedah kepada laluan udara keluar masuk menyebabkan ia lebih mudah kering.
Bila anda bernafas melalui mulut, udara akan masuk ke dalam paru-paru melalui mulut boleh mengeringkan bibir dan air liur.
Ia bukan sahaja mengeringkan bibir anda malah ia akan menyebabkan nafas anda berbau.

5) ALERGIK PADA BAHAN KIMIA DAN UBAT
Bibir yang terdedah pada bahan kimia seperti pada gincu, ubat gigi, malah makanan serta suplement tertentu menyebabkan kegatalan dan menjadi punca kepada bibir merekah.

6) KURANG VITAMIN B2
Kurangnya vitamin B2 atau lebih dikenali sebagai riboflavin, menyebabkan kulit kering. Vitamin B2 banyak terdapat pada susu, cendawan, sayur bayam, yugurt dan daging-daging tertentu.

7) MAKANAN PEDAS
Makanan pedas juga salah satu penyebabkan bibir kering , bagi anda yang berkulit sensitif, sebaiknya hindari makanan pedas, kerana makanan pedas dapat mengakibatkan bibir anda mengalami iritasi.