SIMPTOM-SIMPTOM GIGI SENSITIF

Sharing is Caring

Masalah gigi sensitif bukanlah satu perkara yang aneh. Ia adalah antara masalah oral yang selalu berlaku pada kebanyakan individu. Tetapi, bagaimana hendak mengurangkan masalah gigi sensitif ini?

Gigi sensitif, atau ‘hipersensitiviti dentin’, adalah kesakitan atau ketidak selesaan pada gigi yang sebabkan oleh tindak balas terhadap rangsangan tertentu, seperti suhu yang panas atau sejuk.

Masalah ini boleh menjadi satu masalah sementara atau masalah yang kronik.  Ia juga boleh berlaku pada hanya satu gigi, beberapa batang gigi, atau keseluruhan gigi.

Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai punca, tetapi kebanyakan kes gigi sensitif mudah dirawat dengan perubahan dalam rutin kebersihan mulut anda.

Individu yang mempunyai gigi sensitif mungkin akan mengalami kesakitan atau ketidakselesaan disebabkan tindak balas terhadap pencetus tertentu. Anda mungkin merasakan kesakitan ini pada akar gigi yang terjejas.

Pencetus yang paling biasa berlaku ialah:

  • Makanan dan minuman panas
  • Makanan dan minuman sejuk
  • Udara yang sejuk
  • Makanan dan minuman manis
  • Makanan dan minuman berasid
  • Air sejuk, terutamanya semasa membersihkan gigi secara rutin
  • Menggosok atau flos gigi
  • Kumur mulut menggunakan pencuci mulut berasaskan alkohol

Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *