5 PUNCA MULUT BERBAU PADA WAKTU PAGI !

Sharing is Caring

Isu bau mulut adalah perkasa biasa yang dialami oleh kebanyakan individu selepas bangun tidur. Jom fahami punca mulut berbau

Terdapat beberapa punca masalah ini, antaranya ialah :

1. MULUT KERING

Jika anda mempunyai rutin penjagaan mulut yang baik, kemungkinan besar keadaan mulut kering yang mengakibatkan mulut berbau ini tidak akan berlaku. 

Air liur berfungsi menyingkirkan bakteria yang boleh menyebabkan bau. 

Semasa kita tidur, pengeluaran air liur akan berkurangan dengan ketara. Jadi bakteria aktif membiak pada waktu ini.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh menjadikan mulut kering, mengakibatkan nafas selepas bangun tidur pada waktu pagi yang sangat tidak menyenangkan. 

2. KEBERSIHAN MULUT YANG BURUK

Tabiat kebersihan mulut yang buruk adalah penyebab biasa mulut berbau. Ini ialah kerana mulut adalah tempat pembiakan bakteria yang paling baik. 

Jika anda tidak menggosok gigi atau flos dengan cara yang betul, sisa makanan boleh tersekat di permukaan lidah, antara gigi atau pada tisu gusi kita. 

Ini mengakibatkan bakteria yang berada dalam mulut pula akan memecahkan sisa makanan tersebut dan menyebabkan mulut berbau busuk pada waktu pagi. 

Nafas berbau ini juga boleh menjadi simptom penyakit periodontal, terutamanya jika kebersihan mulut tidak dijaga sebaiknya. 

Penyakit ini akan menjejaskan gusi dan mengakibatkan jangkitan pada poket di bawah gusi yang menyebabkan halitosis kronik dan berterusan.

Umumnya, penyakit periodontal ini bermula sebagai gingivitis dan perlu mendapatkan rawatan doktor gigi. 

3. PENGAMBILAN MAKANAN TERTENTU

Apa yang kita makan juga boleh menjadi punca mulut berbau selepas bangun tidur.

Makan makanan berbau kuat seperti bawang putih atau bawang merah boleh menyebabkan nafas berbau, walaupun anda sudah menggosok gigi dengan baik.

Makanan berempah yang dimakan seseorang juga dapat mempengaruhi bagaimana bau nafasnya.

4. MEROKOK 

Tabiat tidak sihat seperti merokok juga boleh menyebabkan bau mulut. 

Seseorang individu mungkin tidak menyedari kesan merokok terhadap bau nafas mereka kerana tabiat tersebut melenyapkan keupayaan deria bau.

5. MASALAH KESIHATAN

Individu dengan refluks gastrointestinal (GERD) – juga dikenali sebagai refluks asid, mungkin akan mengalami bau mulut kerana asid perut naik kembali ke esofagus ketika tidur malam.

Selain itu, diabetes yang tidak dirawat turut boleh menjadi penyebab bau nafas kurang menyenangkan. 

Sesetengah jangkitan, seperti tonsilitis, sinusitis(resdung) dan bronkitis – dan jangkitan kulat pada mulut, bibir dan lidah juga boleh memberi kesan buruk pada nafas. 


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *