10 FAKTA MENARIK TENTANG AIR LIUR YANG PERLU ANDA TAHU

Sharing is Caring

  1. Secara normal, manusia menghasilkan kira-kira 0.5 – 1.5 liter air liur sehari.

  2. Kadar rembesan air liur di dalam mulut adalah sekitar 0.3 – 0.4 mililiter/minit. Kadar ini meningkat kepada 4.0 – 5.0 mililiter/minit ketika makan dan mengunyah makanan.

  3. Walaupun seseorang sedang tidur, ia tetap menghasilkan serta merembeskan air liur dengan kadar 0.1 mililiter/minit. Jangan terkejut jika anda bangun pagi dengan air liur basi yang melekat di atas bantal!

  4. Air liur dihasilkan di dalam kelenjar air liur oleh sebilangan kluster sel yang dinamakan sebagai sel “acinar”.

  5. Air liur terdiri daripada 99.5% air, 0.3% protein dan 0.2% bahan organik dan bukan organik.

  6. Bahan organik di dalam air liur terdiri daripada gabungan pelbagai enzim seperti amylase, peroxidase, lipase, mucin, lysozyme, lactoferrin dan kallikrein. Semua enzim ini membantu proses penghadaman serta bertindak sebagai agen pembunuh bakteria.

  7. Bahan bukan organik di dalam air liur pula terdiri daripada natrium, kalium, kalsium, magnesium, klorida dan karbonat.

  8. Air liur berfungsi sebagai bahan pelincir di dalam mulut, membantu proses penghadaman serta membantu menyeimbangkan pH di dalam mulut.

  9. Air liur juga membantu menghalang proses terjadinya kerosakan gigi melalui proses “remineralisasi” dengan menggunakan kalsium yang terdapat di dalamnya. Namun proses ini akan terganggu jika pH atau tahap keasidan air liur menjadi tinggi dan menyebabkan gigi boleh menjadi cepat rosak/berlubang.

  10. Kekurangan air liur di dalam mulut boleh menyebabkan fungsi mulut terjejas. Keadaan ini dinamakan sebagai “xerostomia” dan ditandai dengan keadaan di mana mulut menjadi kering dan merekah.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Dr Mohd Khairul Izwan


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *