5 FAKTA MENARIK TENTANG BIBIR

Sharing is Caring

  1. Bibir merupakan satu-satunya kawasan di bahagian wajah yang tidak berpeluh dan bebas daripada pertumbuhan jerawat. Ini kerana bibir tidak mempunyai kelenjar peluh atau “sebaceous gland”.

  2.  Disebabkan ketiadaan kelenjar peluh ini juga membuatkan bibir kita tidak berminyak dan mudah menjadi kering berbanding anggota tubuh yang lain.

  3. Kulit pada bahagian bibir lebih nipis dan mempunyai sekitar 3-6 lapisan sel sehaja berbanding kulit di bahagian anggota tubuh lain yang terdiri sehingga 16 lapisan sel! Hal ini menjadikan bibir kelihatan lebih berwarna merah atau merah jambu kerana aliran darah lebih terlihat di kawasan bibir.

  4.  Bibir kaya dengan sejenis protein iaitu collagen. Semakin meningkat usia kita, badan akan semakin kurang menghasilkan collagen ini. Disebabkan itu, bibir akan terlihat semakin menipis apabila seseorang semakin tua. Tahu kenapa bibir Angelina Jolie kekal tebal walaupun umur dah separuh abad? Sebab beliau buat suntikan botox/collagen pada bibirnya!

  5. Bibir mempunyai berjuta penghujung saraf atau “nerve endings”. Ini menjadikan bibir antara kawasan yang paling sensitif terhadap sentuhan dan suhu, 100 kali lebih sensitif berbanding jari kita!

Nak tahu rahsia mudah untuk bibir kekal sihat dan menarik? 

  • Minum banyak air masak setiap hari agar sel-sel di kawasan bibir kekal terhidrat dan sihat. Ingat, air masak tau! Bukannya air manis!
  • Amalkan penggunaan lip balm atau lip gloss terutama ketika berada di luar rumah. Lip balm/lip gloss akan membentuk lapisan berminyak yang melindungi sel bibir anda daripada kehilangan banyak air/dehidrasi.

Tahu kenapa bibir yang sihat itu penting? Kerana bibir yang sihat melahirkan senyuman yang lebih manis dan menarik. Senyum itukan sedekah? =)

Semoga bermanfaat!

Info dari : Dr Mohd Khairul Izwan


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *