5 PETUA PANTAS UNTUK MENGHILANGKAN NAFAS BERBAU

Sharing is Caring

Nafas berbau ialah masalah yang biasa berlaku. American Dental Association melaporkan separuh daripada golongan dewasa pernah mengalami masalah ini. Apabila nafas berbau, keyakinan diri juga akan terjejas, terutamanya di tempat kerja. Berikut adalah lima penyelesaian cepat untuk nafas yang berbau.

1. Gula-gula Pudina Tanpa Gula

Gula-gula pudina boleh digunakan untuk menyegarkan nafas anda dengan cepat. Ia tidak dapat menyembuh nafas berbau, tetapi mampu menutup bau yang tidak menyenangkan dan memberikan nafas segar berbau pudina yang sementara. Selain itu, saiz gula-gula pudina yang kecil mudah dibawa bersama di dalam poket anda.

Anda boleh mengambil gula-gula pudina dengan kerap selagi anda memilih jenis yang tanpa gula. Gula-gula pudina yang mengandungi gula boleh menyebabkan kerosakan gigi dan masalah pergigian yang lain.

2. Minum Air

Nafas yang berbau boleh disebabkan oleh mulut kering, ini ialah kerana mulut anda tidak menghasilkan air liur secukupnya. Air liur bertujuan menyingkirkan sisa-sisa makanan dalam mulut yang boleh menyebabkan nafas berbau, dan tanpa air liur yang mencukupi, partikel-partikel ini akan kekal di dalam mulut dan mengakibatkan nafas berbau.

3. Kunyah Gula-gula Getah Tanpa Gula

Gula-gula getah tanpa gula ialah satu lagi cara yang mudah dan cepat untuk menghilangkan nafas berbau. Menurut Journal of Dental Research (Isfahan) mengunyah gula-gula getah merangsang aliran air liur, dan ini dapat membantu menyegarkan nafas jika bau yang tidak menyenangkan disebabkan oleh mulut yang kering. Aroma gula-gula getah akan membantu menutup bau disebaliknya, terutamanya jika anda memilih perisa yang berbau kuat seperti pudina atau kayu manis.

4. Gunakan Semburan Penyegar Mulut

Semburan penyegar mulut ialah produk berperisa yang boleh disembur ke dalam mulut untuk menyegarkan nafas dengan cepat. Semburan ini boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti kayu manis dan pudina. Ia adalah pilihan yang baik jika anda tidak sempat mengunyah gula-gula getah atau meminum segelas air. Pilih semburan penyegar tanpa gula untuk mengelakkan risiko kerosakan gigi

5. Gunakan Ubat Kumur

Ubat kumur boleh membantu menyegarkan nafas anda dengan cepat. Penyelesaian cepat ini berfungsi dengan membunuh mikroorganisma dalam mulut yang menyebabkan nafas berbau. Aroma pudina juga membantu menutup sebarang bau disebaliknya, misalnya tembakau, secara sementara.

Sebaiknya simpan sebotol kecil ubat kumur di dalam beg bimbit atau tas tangan anda untuk memastikan anda sentiasa bersedia. Gunakan ubat kumur antibakteria dan nikmati nafas yang lebih segar.

Penyelesaian Jangka Panjang

Jika anda mengalami nafas yang sentiasa berbau, pastikan anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mengetahui punca masalah ini. Nafas berbau mungkin disebabkan kebersihan mulut yang kurang baik, penyakit gusi, mulut kering atau masalah lain yang perlu diberi perhatian. Setelah mengetahui puncanya, doktor gigi anda boleh mencadangkan rawatan yang dapat menghilangkan nafas berbau secara kekal.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *