KOPI DAN TEH ADALAH SALAH SATU SEBAB GIGI MENJADI KUNING !

Sharing is Caring

Tahukah anda, kebiasaan minum kopi ataupun teh dapat menyebabkan warna gigi anda menjadi lebih kekuningan?

Ini kerana, bahan kimia “tannin” yang terkandung di dalam kopi ataupun teh, boleh melekat pada permukaan gigi dan membentuk lapisan “extrinsic stain” yang menjadikan warna gigi kelihatan lebih kuning daripada yang sepatutnya.

Namun bagi penggemar kopi, adalah agak sukar untuk anda meninggalkan sepenuhnya tabiat tersebut.

Jadi untuk mengurangkan masalah staining ini, anda bolehlah mengamalkan tips-tips berikut disamping terus menikmati kopi ataupun teh kegemaran anda tanpa rasa gusar:

  1. Pastikan anda memberus gigi dengan teknik yang betul sekurang-kurangnya 2 kali sehari setiap hari.

  2. Gunakan benang floss untuk membersihkan celah-celah gigi.

  3. Minum kopi ataupun teh menggunakan straw ataupun penyedut minuman.

  4. Berkumur-kumur dengan air kosong selepas minum kopi/teh.

  5. Tambahkan susu ke dalam kopi berbanding minum kopi “O” kosong.

  6. Habiskan minuman anda secepat yang boleh berbanding meneguknya secara perlahan-lahan.

  7. Amalkan mengunyah gula-gula getah setiap kali selepas makan/minum.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *