PUNCA MULUT BERBAU DAN CARA UNTUK MENGATASI MASALAH BAU MULUT !

Sharing is Caring

Tahukah anda, mulut berbau atau halitosis adalah antara masalah pergigian yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu?

Bau mulut biasanya terjadi disebabkan oleh tindakbalas bakteria di dalam mulut yang menghasilkan sebatian dan gas iaitu “Volatile Sulfur Compounds (VSC)” yang berbau busuk.

Walaubagaimanapun, ramai yang tidak menyedari mereka menghadapi masalah ini.

Atapun mungkin ada juga yang menyedari, namun disebabkan sudah terbiasa dengan bau nafas sendiri, menyebabkan mereka merasakan hal tersebut adalah biasa.

Namun anda harus ingat bahawa bau mulut anda yang tidak menyenangkan itu juga turut boleh dihidu oleh orang di sekeliling anda jika anda mempunyai masalah bau mulut.

MASALAH BAU MULUT BOLEH TERJADI DISEBABKAN OLEH:

  1. Merokok.

  2. Pengambilan makanan yang berbau seperti bawang, petai, jering dan durian.

  3. Mulut kering akibat dehidrasi/kurang air dalam badan.

  4. Penggunaan gigi palsu yang tidak dibersihkan setiap hari.

  5. Jangkitan kulat (kandidiasis).

  6. Penyakit gusi dan kerosakan gigi.

  7. Penyakit kencing manis yang tidak terkawal.

  8. Penyakit berkaitan kegagalan hati dan ginjal.

  9. Sinusitis atau resdung.

  10. Pembengkakan tonsil (tonsilitis).

BAGI MENGATASI MASALAH BAU MULUT, CUBA AMALKAN TIP-TIP BERIKUT:

  1. Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan teknik yang betul secara teratur.

  2. Berus lidah serta bahagian dalam pipi.

  3. Gunakan benang floss untuk membersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya sekali sehari.

  4. Amalkan berkumur-kumur dengan air kosong setiap kali selepas makan.

  5. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari (2 liter).

  6. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis serta makanan yang berbau kuat.

  7. Amalkan mengunyah gula-gula getah tanpa gula selepas makan.

  8. Berhenti merokok.

  9. Lakukan pemeriksaan pergigian dan pencucian karang gigi secara rutin setiap 6 bulan atau sekurang-kurangnya setahun sekali.

Jika masalah bau mulut anda berlarutan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di klinik gigi berhampiran.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Dr Mohd Khairul Izwan


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *