
Lidah merupakan organ terbesar di dalam mulut. Ianya mengandungi deria rasa yang membantu manusia untuk merasa pelbagai jenis makanan.
Lidah mempunyai permukaan yang kasar disebabkan oleh kewujudan struktur deria rasa di atasnya.

Disebabkan permukaan lidah yang kasar ini, sisa makanan mudah terperangkap dan melekat pada permukaan lidah.
Kerana itulah, disamping memberus gigi, kita juga wajib memberus permukaan lidah bagi membersihkan sisa makanan yang melekat pada permukaan lidah. Ini yang ramai orang sering abaikan.

Nak tahu lidah anda bersih ataupun tidak, cuba jelirkan lidah di hadapan cermin. Lihat sama ada lidah anda diliputi oleh selaput berwarna putih ataupun tidak. Jika ya, bermaksud bahawa lidah anda tidak bersih.
Oh ya, lagi satu lidah yang jarang dibersihkan selalunya boleh menyumbang kepada bau mulut juga tau!
Jadi mulai hari ini, di samping memberus gigi, berus sekali permukaan lidah anda okay?