ELAKKAN MOUTHWASH YANG MENGANDUNGI ALKOHOL

Sharing is Caring

Penggunaan mouthwash yang mengandungi alkohol dipercayai dapat membunuh bakteria pada mulut dan membuat nafas menjadi lebih segar. Namun, penggunaan mouthwash yang mengandungi alkohol tidak disarankan oleh dr. Sabai Asmaraghya.

“Saya tidak menyaran penggunaan mouthwash yang mengandungi alkohol kerana di dalam mulut kita mempunyai bakteria yang baik. Jika kita menggunakan mouthwash yang mengandungi alkohol, bakteria baik dalam mulut kita juga akan terbunuh,” ungkap dr. Sabai dalam Peluncuran Sensodyne Mouthwash 250ml di JS Luwansa, Jakarta, Selasa 14 Jun 2016.

Apabila bakteria baik dalam mulut tersingkir kerana penggunaan mouthwash ini, maka fungsi dari mouthwash itu sendiri tidak berfungsi dengan optimal.

“Kita yang ingin menghindari bau mulut dengan berkumur menggunakan mouthwash tersebut, malah memicu terjadinya bau mulut dan kekeringan pada mulut,” ujar dr Sabai.

Aroma mulut yang tidak sedap ini biasanya terjadi disebabkan mulut kering. Kekeringan pada mulut dapat menyebabkan perkembangan bakteria anaerob. Bakteria tersebut adalah punca terjadinya masalah nafas berbau. Maka, tidak perlu heran apabila di bulan puasa aroma mulut anda berbau tak sedap.

Dr. Sabai sangat menganjurkan setiap orang untuk menggunakan mouthwash yang tidak mengandung alkohol. Beliau, menyarankan untuk kumur dua kali sehari, waktu pagi dan sebelum tidur.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *