5 PERKARA YANG PERLU ANDA ELAK UNTUK MENDAPATKAN GIGI YANG SIHAT.

Sharing is Caring

Gigi merupakan bahagian yang sangat penting pada tubuh badan manusia. Bukan sahaja memberikan penampilan yang cantik, ia merupakan komponen terawal dalam proses pemakanan. Tanpa gigi yang sihat dan bersih, banyak masalah kesihatan boleh berlaku.

Meskipun secara relatifnya bersaiz kecil, rasa sakit padanya boleh menjejaskan seluruh badan. Oleh itu, penjagaan mulut adalah sangat penting.

Elakkan 5 perkara berikut untuk mendapatkan gigi yang sihat

1. Mengunyah ais

Ini adalah tabiat yang biasa ramai orang selepas minum air sejuk . Mungkin ramai yang fikir bahawa ia adalah air kosong tanpa kalori dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun, amalan ini sebenarnya boleh merosakkan bahkan membuatkan gigi menjadi retak atau pecah.

Tisu di dalamnya anda akan terengsa sehingga menjadikan ia lebih sensitif terhadap makanan sejuk dan panas.

2. Mengetap dan mengisar gigi

Tabiat ini boleh menyebabkan permukaan gigi menjadi haus dan membuatkannya lebih cepat rosak. Stres atau tekanan perasaan selalu membawa kepada tabiat ini. Cari punca dan kurangkan stres tersebut untuk mengatasi tabiat ini. Anda juga boleh cuba memakai pelindung gigi.

3. Gula-gula getah

Semua makanan bergula berpotensi merosakkan gigi tetapi gula-gula getah secara khusus memberikan kesan yang lebih besar. Gula-gula getah melekat pada permukaan gigi menyebabkan gula dan asid bersentuhan dengan enamel dalam tempoh yang lama.

4. Air berkarbonat

Bukan gula-gula getah sahaja patut dipersalahkan, tetapi air berkarbonat juga banyak bertanggung jawab merosakkan gigi. Tambahan pula, kalori yang tinggi padanya meningkatkan risiko keadaan kesihatan lain seperti obesiti dan kencing manis. Apa yang lebih menyedihkan adalah ia tidak mempunyai sebarang nutrisi.

5. Menggigit untuk membuka sesuatu

Memang sangat membantu dan mudah, tetapi gigi anda sebenarnya tidak dicipta untuk melakukan perkara tersebut. Jika dilakukan dengan kerap, ia boleh retak dan rosak. Zaman sudah moden dan anda boleh mendapatkan pelbagai teknologi seperti gunting untuk membantu anda membuka bungkusan mi segera kegemaran anda. Oh, mi segera pun sebenarnya tidak sihat untuk tubuh!


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *