JANGAN GUNA BERUS GIGI YANG KERAS!

Sharing is Caring

Kita wajib memberus gigi kerana ia memastikan kebersihan dan kesihatan gigi kita sentiasa terjaga. Selain itu, dengan memberus gigi kita juga dapat mengelakkan dari sebarang komplikasi penyakit yang berbahaya.

Namun tahukah anda, dalam menjaga kebersihan gigi, penggunaan jenis berus gigi juga adalah faktor penting yang perlu dititik beratkan.

Jom ikuti perkongsian oleh pengamal perubatan pergigian, Dr. Mohd Khairul Izwan di bawah ini.

Tahukah anda, penggunaan berus gigi yang keras merupakan suatu amalan yang tidak baik untuk gigi serta gusi anda.

Gambar: Dr. Mohd Khairul Izwan/IG dentist.kamera

Menggunakan berus gigi yang keras (hard atau medium) dan ditambah dengan tekanan yang kuat semasa memberus boleh menyebabkan lapisan enamel gigi mengalami hakisan terutama pada bahagian leher gigi.

Dalam bahasa pergigian, hakisan ini disebut sebagai “tooth abrasion” dan ditandai dengan lekukan pada bahagian leher gigi.

Penyusutan gusi juga boleh berlaku jika berus gigi yang keras digunakan untuk tempoh waktu yang lama.

Gambar: Dr. Mohd Khairul Izwan/IG dentist.kamera

Penyusutan gusi ini pula dikenal sebagai “gingival recession” atau “gum recession”.

Jika keadaan ini berlarutan, anda mungkin akan terdedah dengan risiko gigi sensitif atau ngilu terutama ketika minum sesuatu yang sejuk.

Gambar: Dr. Mohd Khairul Izwan/IG dentist.kamera

Jika berus gigi medium atau keras boleh merosakkan, kenapa masih ada dijual di pasaran?

Perlu anda ketahui bahawa pengeluar/pengilang berus gigi memasarkan berus gigi bukan mengikut saranan doktor gigi, tetapi berdasarkan permintaan daripada pengguna.

Ini kerana kebanyakan individu akan lebih berasa puas jika dapat memberus gigi dengan menggunakan berus gigi yang keras dan disental dengan kuat.

Sedangkan cara tersebut adalah tidak tepat dan boleh memberikan kesan sampingan terhadap gigi anda.

Oleh itu, selagi ada yang menggunakan berus gigi hard ataupun medium, selagi itulah pengilang akan mengeluarkan berus gigi tersebut.

Gambar: Dr. Mohd Khairul Izwan/IG dentist.kamera

Namun, telah banyak kajian yang membuktikan bahawa penggunaan berus gigi hard atau medium boleh menyebabkan hakisan berlaku pada gigi dan juga gusi, seterusnya meningkatkan risiko gigi sensitif.

Sebaiknya selepas ini, tukarlah berus gigi anda kepada berus gigi jenis yang lembut (soft atau extra-soft) dan amalkan cara memberus gigi dengan tekanan yang ringan tanpa menyentalnya dengan kuat.

Semoga bermanfaat!

Dr. Mohd Khairul Izwan,
Suka berkongsi.

Jemput follow FB saya dan set ‘See First’ supaya anda tidak tertinggal info yang menarik dan sangat berguna tentang kesihatan pergigian.

#DakwahGigi

Kredit gambar: IG dentist.kamera

Sumber: Dr. Mohd Khairul Izwan


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *