
Pernah tak korang tertanya-tanya , ingredients dalam produk yang korang guna tu selamat ke tak ? Kalau pernah , posting ni akan kongsikan macam mana nak ‘check’ safety ingredients sesuatu produk tu.

1- Google cosdna.com

2- Search produk yang korang nak check, sebagai contoh saya guna produk saya ‘adore by azrai’

3- Click or touch produk yang korang search tu , pastikan pilih yang paling latest.

4- Lepas tu korang akan nampak semua ingredients yang ada dalam produk tersebut.
dekat page ni ade 5 ruang :
Ingredient : bahan bahan yang ada dalam produk tersebut
Function : Fungsi bahan bahan tersebut
Acne : Tindak balas bahan pada jerawat
Irritant : Tindak balas bahan pada tubuh/kulit (gatal gatal , ketidak selesaan, sakit)
Safety : Keselamatan bahan tersebut pada tubuh/kulit
Nombor-nombor tu safety index, 1 hingga 10
1-2 (hijau) : Paling selamat ( kebanyakan bahan bahan semula jadi )
3-5 (kuning) : Separa selamat ( sederhana aka masih selamat )
6-10 (merah) : Bahaya contoh Oxybenzone, Formaldehyde

5- Untuk maklumat lebih lanjut tentang (acne, irritant dan safety) korang boleh refer page ni.

6- Kalau produk yang korang search tu takde , korang boleh search ingredient 1 per 1 . Contoh saya search sorbitol

7- Akan keluar macam-macam jenis bahan , korang pilih bahan yang korang search.

8- Akan keluar info tentang ingredient tadi .
untuk maklumat lanjut tentang bahan ni korang google je.
Semoga Bermanfaat <3