GIGI SENSITIF : PUNCA DAN RAWATAN

Sharing is Caring

Gigi sensitif biasanya diklasifikasikan sebagai sakit tajam yang sementara yang berlaku pada gigi dan kebiasaanya disebabkan oleh suatu rangsangan luaran (contoh : air sejuk)

PUNCA GIGI SENSITIF

a) Gigi berlubang (decay tooth)

b) Gigi yang retak (crack tooth)

c) Permukaan gigi yang telah haus dan terhakis

d) Tampalan gigi yang telah pecah dan retak

e) Permukaan akar gigi yang terdedah akibat masalah gusi (penyakit gusi) atau/dan resesi gusi yang teruk(boleh berlaku akibat tekanan yang melampau pada gusi semasa memberus gigi).

f) Kesan sampingan daripada rawatan pergigian tertentu. Contohnya, rawatan pemutihan gigi (teeth whitening procedures). Kebiasaanya sensitif jenis ini adalah sementara sahaja.

RAWATAN GIGI SENSITIF

a) Ubat Gigi Nyah-Sensitif (Desensitizing Toothpaste)

– Memerlukan beberapa kali aplikasi untuk mengurangkan rasa sensitif pada gigi.

b) Topikal Florida/Agent Pen-Nyah-Sensitif

– Sekiranya, penggunaan ubat gigi untuk gigi sensitif masih tidak berjaya. Doktor gigi anda boleh meletakkan salah satu bahan diatas pada permukaan gigi yang sensitif.

c) Rawatan Tampalan

– Sekiranya 2 cara diatas masih tidak berjaya, doktor gigi anda akan menutup kawasan sensitif pada permukaan gigi samada dengan lapisan sealant, tampalan ataupun korona gigi (dental crown).

– Jenis pilihan rawatan adalah bergantung kepada faktor yang menyebabkan gigi tersebut sensitif.

d) Rawatan Akar (Root Canal Treatment)

– Sekiranya rasa sensitif semakin teruk dan tidak berjaya dirawat dengan segala rawatan diatas, doktor gigi anda akan mengesyorkan rawatan akar (root canal treatment) dilakukan pada gigi tersebut.

e) Pembedahan Gusi

– Pembedahan gusi juga merupakan salah satu pilihan untuk menutup permukaan akar yang terdedah dengan teruknya. Prosedur ini melibatkan rawatan pembedahan kecil yang memerlukan pemantauan dari pakar.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dan membuat pemeriksaan gigi dengan doktor gigi anda untuk mengetahui punca utama gigi sensitive tersebut. Ini kerana setiap punca gigi sensitive mempunyai pilihan rawatan yang berbeza.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *