Bilas Berus Gigi Sebelum mengunakannya !

Sharing is Caring

Memberus gigi merupakan rutin kebersihan mulut yang sangat penting buat semua orang.

Namun begitu, berus gigi yang digunakan juga perlu dijaga dengan betul.

Ini ialah kerana, ramai orang tidak sedar bahawa berus gigi yang ditinggal di dalam bilik air itu mungkin terdedah dengan kotoran dari ‘sentuhan’ haiwan atau serangga seperti cicak dan lipas.

Mengikut perkongsian seorang doktor gigi, Dr Mohd Khairul Izwan, beliau menasihatkan kita untuk membilas terlebih dahulu berus gigi sebelum digunakan. Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Tahukah anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum anda mula memberus gigi adalah dengan membilas terlebih dahulu berus gigi anda dengan air selama beberapa saat? Langkah ini penting terutama jika berus gigi anda tidak mempunyai penutup yang khusus dan dibiarkan secara terbuka di rak penyimpanan di dalam bilik air.

Ini kerana kita tidak tahu mungkin ada haiwan seperti cicak atau lipas yang suka bersembunyi di tempat yang lembab seperti di bilik air telah “menyentuh” berus gigi anda ketika anda tidak menggunakannya. Jadi demi memastikan kebersihan, pastikan anda bilas berus gigi anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya ya. Jika berus gigi anda mempunyai penutup khusus, itu adalah lebih baik kerana sekurang-kurangnya berus gigi anda terlindung daripada “usikan” cicak serta lipas yang suka berkeliaran di dalam rumah.

Oh ya lagi satu jangan lupa untuk menukar berus gigi anda setiap 3 bulan sekali atau apabila bulu berus gigi anda sudah kembang tau. Semoga bermanfaat!

Dr Mohd Khairul Izwan

Sumber: Mohd Khairul Izwan


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *