Tahukah anda karang gigi berasal daripada plak atau tahi gigi yang berada di celah-celah gigi dan tidak dibersihkan dengan betul?

Sharing is Caring

Tahukah anda karang gigi berasal daripada plak atau tahi gigi yang berada di celah-celah gigi dan tidak dibersihkan dengan betul?

Apabila bercampur dengan air liur, lama-kelamaan plak yang tidak dibersihkan ini akan mulai mengeras.

Kerana sifatnya yang keras, karang gigi ini tidak lagi mampu dibersihkan oleh berus gigi, dan hanya boleh dibuang di klinik gigi menggunakan peralatan khusus iaitu “ultrasonic scaler” melalui rawatan scaling.

Pembentukan karang gigi atau turut dikenali dengan nama kalkulus ini akan menyebabkan pengumpulan bakteria di sekeliling gigi dan juga gusi.

Bakteria ini akan membebaskan bahan toksik yang boleh ‘mereputkan’ tisu gusi dan tulang pendukung gigi.

Masalah gusi peringkat awal biasanya ditandai dengan gusi berdarah ketika memberus gigi atau gusi berdarah secara spontan.

Manakala masalah gusi tahap parah ditandai dengan gigi yang bergoyang dengan atau tanpa disertai rasa sakit.

Rawatan scaling atau pencucian karang gigi setiap 6 bulan sekali dapat mencegah daripada terjadinya masalah gusi yang kronik.

Perlu diingat, rawatan scaling:

  1. Tidak menyebabkan gigi menjadi jarang.
  2. Tidak menghakis gigi.
  3. Tidak menyebabkan gigi menjadi ngilu.
  4. Tidak memutihkan gigi.
  5. Hanya boleh dilakukan di klinik gigi menggunakan “ultrasonic scaler” yang dijana oleh kuasa getaran tanpa menghakis gigi dan mencederakan gusi.

Kebanyakan klinik gigi sama ada klinik kerajaan mahupun swasta telah pun mula kembali menjalankan rawatan scaling melalui SOP dan mengikut garis panduan yang ketat bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Oleh itu, hubungilah klinik pergigian yang berhampiran dengan anda untuk maklumat lanjut serta bagi mendapatkan temujanji yang diperlukan. Temujanji boleh diperoleh melalui panggilan telefon. Tidak perlu berpusu-pusu serbu klinik gigi pula ya.

Semoga bermanfaat!


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *