KENAPA GIGI MENJADI KUNING?

Sharing is Caring

Gigi kuning bukan setakat mencacatkan penampilan, malah turut membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Gigi yang putih dan cantik akan membangkitkan keyakinan diri serta memancarkan senyuman yang indah. Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan gigi yang putih. Antaranya, ‘bleaching,’ menggunakan teknik laser ataupun ‘teeth crown’. Sungguh pun begitu, sebelum anda menghabiskan wang untuk semua itu, adalah lebih baik jika anda mengetahui apakah faktor ataupun punca  yang menyebabkan  warna gigi anda berubah menjadi kekuningan!

1. Genetik & Usia

Ramai yang tidak tahu bahawa warna gigi turut dipengaruhi oleh pembentukan tulang. Ini adalah kerana pembentukan tulang tersebut memiliki unsur genetik serta usia. Jadi, warna gigi pun turut dipengaruhi oleh dua faktor tersebut.

2. Makanan &  Minuman

Pengambilan buah-buahan memang baik buat tubuh serta menyihatkan, tetapi anda perlu tahu ada beberapa jenis buah-buahan yang boleh menjadi punca gigi kuning. Contonya, jeruk-jeruk  serta minuman seperti teh dan kopi yang juga merupakan penyumbang terbesar membuatkan gigi menjadi kekuningan.

3. Ubat-ubatan

Ada beberapa jenis ubatan yang juga boleh membutakan warna gigi kelihatan lebih kuning atau kecoklatan. Salah satu jenis ubat tersebut adalah antibiotik.

4. Rokok

Selain merosakkan kesihatan, rokok juga menjadi punca gigi kuning. Kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan ruang mulut menjadi asid. Nikotin-nikotin tersebut akan melekat pada elemen gigi dan tinggal pada dinding-dinding gigi. Jadi tidak harianlah jika anda perhatikan, mereka yang merokok sukar untuk memiliki gigi yang putih bersih.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *