5 TANDA ANDA MEMPUNYAI PENYAKIT GUSI

Sharing is Caring

Jangan abaikan titisan darah di dalam sinki selepas memberus atau memflos, ini mungkin tanda tanda awal anda mempunyai penyakit gusi. Jika dibiarkan, penyakit gusi yang ringan ini boleh merebak menjadi lebih serius, dan boleh merosakkan tulang dan tisu yang memegang gigi anda pada tempatnya. Berikut adalah lima tanda yang badan anda cuba memberi tahu anda mempunyai penyakit gusi.

1. Gusi Berwarna Merah

Jika anda melihat gusi yang kemerah-merahan atau keunguan dalam cermin, ia mungkin petanda bahawa anda mempunyai masalah gusi. Gusi yang sihat berwarna merah jambu dan kelihatan pejal. Bakteria boleh menyebabkan gusi bengkak yang dikenali sebagai gingivitis, suatu penyakit gusi ringan peringkat awal. Ia juga boleh menyebabkan periodontitis iaitu penyakit lanjutan yang lebih serius.

2. Gusi Anda Membengkak

Pada peringkat awal penyakit gusi, gusi akan meradang dan membengkak. Oleh itu, anda perlu mula mengamalkan rutin penjagaan mulut yang lebih baik.

3. Anda Nampak Darah di dalam Sinki

Ternampak darah di dalam sinki apabila anda meludah selepas memberus atau memflos juga salah satu simptom. Penyakit awal gusi akan menyebabkan gusi mudah berdarah.

4. Gusi Anda Mengecut dan Mula Menjauh dari Gigi Anda

Jika anda perasan gusi mulai mengecut atau gusi menjauh dari gigi anda dan gigi anda mulai kelihatan lebih besar daripada biasa, ini juga salah satu tanda penyakit gusi peringkat awal atau periodontitis. Ia bukan sebahagian daripada proses penuaan semula jadi.

5. Mulut Anda Berbau

Mulut yang berbau, atau rasa yang kurang menyenangkan di dalam mulut anda, juga mungkin tanda awal penyakit gusi. Pengumpulan plak pada lidah biasanya adalah punca mulut berbau.

Perubahan di dalam mulut anda akibat penyakit gusi boleh menyebabkan gusi sensitif apabila disentuh, ruang-ruang aneh yang akan mula terbentuk di antara gigi, gigi menjadi longgar, perubahan cara anda menggigit atau pada kedudukan gigi-gigi anda apabila anda menggigit. Ini adalah tanda yang tidak boleh diabaikan. Jika anda mengawal situasi gusi anda, anda masih berpeluang untuk mengelak penyakit gusi yang lebih serius.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *