Nafas Berbau? Try 4 Remedi ini.

Sharing is Caring

Nafas yang berbau bukan sahaja mengganggu orang lain, tetapi ia juga menganggu diri sendiri. Nafas berbau boleh menjejaskan penampilan diri dan fokus. Masalah ini berkait dengan gaya hidup dan pemakanan kita. Kadangkala, ia boleh menjadi petanda kepada penyakit yang anda alami.

Berikut adalah 5 remedi yang boleh anda try untuk atasi masalah ini.

1. Perbanyakan minum air

Mulut yang kering adalah antara punca mulut berbau. Sebab itu, mulut kita akan lebih berbau ketika berpuasa. Air liur mempunyai fungsi antibakteria. Apabila badan kita kekurangan air, penghasilan air liur akan berkurangan. Ini akan menyebabkan bakteria mudah membiak didalam mulut anda dan menyebabkan nafas kita berbau.

Jadi, banyakkan minum air. Jangan tunggu haus baru sibuk nak minum ya. Air yang cukup adalah penting dalam mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

2. Berkumur air garam

Air garam dapat membasmi bakteria di dalam mulut dan memberi anda nafas yang lebih segar.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar

Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran yang rangup seperti lobak merah, daun saderi dan epal kerana ia mengandungi banyak serat yang membantu mengatasi nafas berbau.

Ia dapat membantu membuang plak di dalam mulut anda yang menyebabkan nafas berbau. Selain itu, makanan ini juga dapat merangsang penghasilan air liur.

4. Suplemen zink

Kekurangan zink juga adalah salah satu sebab nafas berbau. Mineral ini dapat membantu mengurangkan bakteria, mengekalkan mulut yang sihat dan bersih. Pilih produk cecair kumur mengandungi zink di dalamnya atau anda boleh dapatkan suplemen zink di mana-mana farmasi berdekatan.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *