Nafas Berbau Mungkin Tanda Masalah Kesihatan, Jangan Abaikan !

Sharing is Caring

Nafas berbau bukan sahaja memberi ketidakselesaan kepada individu yang memilikinya. Ia juga boleh menjadi petunjuk kepada penyakit yang tersembunyi. Jom ketahui antara penyakit-penyakit tersebut.

Jangkitan saluran pernafasan

Demam dan sinusitis(resdung) boleh menjadi faktor nafas anda yang tidak normal. Apabila anda mengalami demam atau sinusitis(resdung), rembesan bakteria di dalam hidung atau sinus terus berlaku di tekak, dan ia menyebabkan nafas berbau.

Mulut kering

Mulut kering, atau juga dikenali sebagai xerostomia, adalah keadaan di mana terdapat disfungsi pada kelenjar air liur.Bernafas melalui mulut juga boleh membuat mulut anda kering. Anda boleh tahu jika anda mempunyai mulut kering atau tidak dengan memeriksa sama ada nafas anda berbau atau tidak. Jika anda mempunyai nafas berbau, kemungkinan besar anda mengalami xerostomia.

Diabetes

Nafas anda juga boleh memberitahu jika anda menghidap diabetes ataupun tidak. Jika nafas berbau seperti buah-buahan, kemungkinan besar anda mempunyai kadar glukosa darah yang tidak terkawal (ketoacidosis). Keadaan ini berlaku disebabkan badan membakar lemak dan bukannya glukosa untuk menghasilkan tenaga, yang membawa kepada pembentukan ketone.

Obesiti

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji Los Angeles Medical Center mendedahkan bahawa keadaan tidak normal pada nafas mereka yang mempunyai masalah berlebihan berat badan (obesiti). Orang yang mempunyai BMI dan peratusan lemak yang lebih tinggi lebih cenderung mempunyai kepekatan metana dan hidrogen yang tinggi berbanding orang yang mempunyai BMI normal. Kepekatan yang tinggi tersebut boleh menyebabkan nafas berbau. Gas ini menyebabkan bau busuk yang sedikit sebanyak menyerupai bau tandas.

Kegagalan buah pinggang atau hati

Walaupun kegagalan buah pinggang atau hati mempunyai simptom dan tanda-tanda yang ketara, bau nafas juga boleh menjadi sebagai petunjuk. Jika anda mempunyai mana-mana daripada dua penyakit di atas, bau nafas mungkin mudah dikesan. Ini disebabkan oleh kegagalan fungsi buah pinggang dan hati, pelbagai toksin di dalam badan dikeluarkan melalui paru-paru, yang menyebabkan bau.

Kanser paru-paru

Nafas orang yang menghidap penyakit kanser paru-paru lebih mudah dibezakan dengan nafas orang yang mempunyai penyakit paru-paru biasa. Ini kerana orang yang menghidap kanser paru-paru mempuyai sebatian meruap yang berbeza daripada manusia biasa. Sebatian meruap itu adalah bahan yang menyebabkan bau nafas mereka boleh menguap dengan mudah ke udara.

Candida albicans

Satu lagi penyumbang kepada nafas berbau adalah candida albicans, iaitu sejenis yis yang boleh membawa masalah kepada mereka yang mempunyai tindik di lidah mereka. Candida albicans juga boleh berlaku pada mereka yang memakai gigi palsu atau orang yang menggunakan peralatan pergigian lain, seperti retainer gigi.

Bau mulut memang boleh membawa masalah kepada ramai orang dan menjejaskan keyakinan diri. Jika anda mempunyai nafas berbau dan anda mengesyaki bahawa anda mungkin mempunyai salah satu daripada tanda-tanda di atas, sebaiknya anda berjumpa doktor anda untuk mendapatkan panduan lanjut, diagnosis dan rawatan.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *