Warna Lidah Boleh Menunjukkan Sama Ada Anda Sihat Ataupun Tidak ! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

Sharing is Caring

Cuba anda perhatikan warna lidah anda ketika memberus gigi. Adakah lidah anda berwarna merah jambu, merah pekat ataupun berwarna putih?

Tahukah anda, warna lidah boleh jadi petanda aras kepada kesihatan anda?

Ikuti artikel kami di bawah dan periksa warna lidah anda sekarang!

Merah jambu

Jika anda mempunyai lidah merah jambu tahniah! Ini menunjukkan anda mempunyai lidah yang sihat.

Jika ada sedikit tompokan putih pada lidah, jangan risau, ini adalah normal.

Lidah yang sihat bebas daripada sebarang ulser, kesan gigi ataupun retakan. Jika anda rasa seperti ada biji-biji kecil pada lidah anda, itu adalah papillae yang mengandungi deria rasa anda.

Merah

Jika lidah anda berwarna merah, mungkin lidah anda mengalami keradangan!

Glossitis merupakan reaksi lidah kepada keradangan. Ia menyebabkan lidah anda menjadi sedikit bengkak dan kemerah-merahan. Glossitis juga menyebabkan papillae yang berada di atas permukaan lidah anda menjadi licin.

Glossitis biasanya terjadi akibat luka-luka ringan pada permukaan lidah ataupun jangkitan kuman pada luka tersebut. Salah satu bentuk glossitis ialah geographic tongue.

Lidah anda akan dipenuhi tompokan putih yang berbentuk seperti peta.

Kurang vitamin B-12 ataupun asid folik di dalam badan juga boleh menyebabkan lidah anda berwarna merah

Cuba lebihkan makan makanan seperti daging, ikan, ketam dan kerang-kerangan untuk dapatkan vitamin B-12 yang cukup untuk badan.

Amalkan makan brokoli, asparagus dan buah betik untuk meningkatkan kadar asid folik dalam badan anda.

Kuning

Jarang untuk lidah menjadi kekuning-kuningan.

Namun, jika ia berlaku, mungkin adalah disebabkan jaundice atau penyakit kuning. Penyakit kuning biasanya menyerang bayi, lebih-lebih lagi bayi yang berusia tidak lebih daripada 38 minggu (bayi pramatang).

Kondisi ini terjadi kerana hati bayi belum matang untuk membuang bilirubin di dalam darah.

Demam kuning juga boleh berlaku pada orang dewasa. Punca utama adalah jangkitan pada hati seperti hepatitis, ataupun pembentukan batu karang.

Jika anda seorang perokok, lidah berwarna kuning mungkin perubahan awal warna pada lidah anda. Lama-kelamaan, lidah perokok akan bertukar ke warna coklat gelap dan akhirnya hitam.

Ungu

Lidah berwarna ungu mungkin adalah tanda anda mempunyai masalah jantung!

Lidah ungu merupakan tanda statis darah. Ini bermaksud darah tidak dapat mengalir secara normal kepada semua bahagian tubuh badan anda.

Selain itu, masalah paru-paru juga boleh menyebabkan lidah anda berwarna ungu.

Masalah ini mungkin berkait rapat dengan masalah hati. Kekurangan oksigen dalam darah boleh menyebabkan warna lidah menjadi ungu kebiru-biruan.

Putih

Lidah berwarna putih boleh disebabkan oleh masalah dehidrasi. Minum air mencukupi mungkin boleh menjadi jalan penyelesaian yang mudah untuk keadaan lidah berwarna putih.

Kadangkala, lidah berubah warna kepada putih disebabkan oleh jangkitan yis.

Jangkitan candida ataupun oral thrush merupakan sejenis jangkitan yis. Jangkitan ini akan membuat warna lidah menjadi putih seperti dilapis lapisan keju.

Jangkitan candida boleh menyebabkan lidah anda rasa sakit dan sukar untuk menelan makanan.

Satu lagi punca lidah putih adalah disebabkan oleh leukoplakia oral (leucoplakia).

80% daripada perokok mempunyai leukoplakia oral pada lidah mereka.

Keadaan ini tidak boleh dipandang remeh kerana leukoplakia oral berpotensi menjadi tanda-tanda awal kanser.

Hitam

Lidah anda berwarna hitam? Ia mungkin disebabkan jangkitan bakteria ataupun fungi.

Black hairy tongue merupakan jangkitan pada lidah yang membuatkan lidah anda berwarna hitam dan berbulu. Jangan risau keadaan ini bukanlah kekal, ia hanya sementara.

Walaupun keadaan ini nampak serius, sebenarnya dengan mengamalkan kebersihan oral yang baik, jangkitan ini dapat dielakkan.

Lidah hitam boleh disebabkan oleh merokok, minum terlalu banyak kopi ataupun teh hitam.

Warna lidah tanda kesihatan mulut

Warna lidah biasanya akan berkait rapat dengan penjagaan oral anda. Jika anda menjaga kebersihan mulut dengan baik dan memberus gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari, anda mungkin dapat elakkan hampir kesemua jangkitan di atas.

Namun, jika anda nampak apa-apa perbezaan pada lidah anda yang membuatkan anda rasa risau, cepatlah berjumpa dengan doktor ya!

Pesakit kanser mulut tidak merasa sakit pada waktu awal kanser. Jumpa doktor jika luka pada mulut anda tidak pulih dalam masa dua minggu.


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *