Kenapa Air Liur Kita Bau Busuk Ketika Bangun Dari Tidur Terutama Di Waktu Pagi?

Sharing is Caring

Ikuti penjelasan yang dikongsikan oleh pengamal perubatan pergigian, Dr. Mohd Khairul Izwan di bawah ini.

Tahukah anda kenapa air liur kita bau busuk ketika bangun dari tidur terutama di waktu pagi?

Ketika kita tidur dalam tempoh waktu yang lama, aliran air liur di dalam mulut akan menurun kerana tiada pergerakan aktif daripada otot mulut.

Salah satu fungsi air liur adalah untuk menyeimbangkan pH di dalam mulut kita.

Secara tidak langsung, apabila aliran air liur di dalam mulut menurun ketika tidur, aktiviti bakteria di dalam mulut pula akan meningkat menyebabkan mulut kita menjadi lebih berasid.

Walaupun kita memberus gigi, namun secara normal mulut kita akan tetap didiami oleh pelbagai spesis bakteria. Koloni bakteria ini disebut sebagai “flora normal” mulut.

Tindakbalas flora normal bakteria di dalam mulut ini akan menyebabkan air liur kita berbau busuk ketika bangun daripada tidur. Air liur inilah yang disebut sebagai air liur basi.

Kerana itulah pentingnya untuk kita memberus gigi setiap malam sebelum tidur bagi mengelakkan sisa makanan berkumpul di dalam mulut.

Sisa makanan ini boleh meningkatkan aktiviti bakteria berlipat kali ganda ketika kita tidur, menghasilkan asid yang lebih banyak dan meningkatkan risiko terjadinya kerosakan gigi atau gigi berlubang.Walau malas macam mana sekalipun, pastikan anda tidur dalam keadaan anda telah memberus gigi setiap malam ya.

Semoga bermanfaat!


Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *