
BERI
Buah beri mempunyai antioksidan yang tinggi, ia juga mampu membantu menghilangkan bau mulut.

EPAL
Tekstur epal membantu menghilangkan lebihan plak pada gigi. Epal dapat memberikan kelembapan pada mulut yang diperlukan untuk menghilangkan bakteria.Epal kaya serat berfungsi menghilangkan bau mulut.

KAYU MANIS
Kayu manis bukan sahaja dapat membantu menyegarkan nafas, tetapi juga dapat menyingkirkan bakteria mulut.

LEMON
Hisap irisan lemon, kunyah sedikit kulit, atau tambahkan sedikit ke dalam air anda, kerana vitamin C dalam lemon (sama seperti oren) membantu menghilangkan bau mulut.

DAUN PUDINA
Kunyah daun pudina kerana ia penawar semula jadi masalah bau mulut

PARSLI
Sekiranya anda makan hidangan yang banyak bawang putih, parsli adalah penyelamat anda. Ia mengandungi minyak yang akan menyegarkan nafas anda secara semula jadi (seperti kemangi atau rosemary)

YOGURT
Makan yogurt setiap hari terbukti dapat mengurangkan kadar hidrogen sulfida, yang merupakan punca menyebabkan bau mulut. Pastikan yogurt tanpa gula ya.